PERJUMPAAN PENDUDUK (TINTA) - ISU SEKURITI / JENAYAH DI TINTA

Seperti topik diatas, saya ingin menjemput semua Tuan rumah di kejiranan TINTAuntuk bersama membincangkan isu isu keselamatan yang semakin meruncing.
TUJUAN :
Membincangkan isu isu sekuriti semasa dan mencari jalan penyelesaian.

SIAPA : Semua Tuan Rumah Di Kejiranan Tinta
BILA : JUMAAT / 15 Oktober
MASA : 845 malam / selepas Isyak - 1130 (anggaran)
TEMPAT : Kawasan Awam Bulatan 2B (berdekatan pengawal masuk)

Agenda:
1. Membincangkan isu pecah rumah / cubaan pecha rumah yang semakin ketara & jalan penyelesaian
2. Membincangkan isu pengawal yang akan berakhir tempuh operasi hujung tahun ini - Cara untuk mendapatkan kerjasama penduduk untuk mengantikan dengan pengawal yang baru
3. Membincangkan cara pelaksanaan sekuriti baru ini. (guarded,patrolling, etc)
4. Melantik wakil setiap kelompok rumah dari 2A,2B,3,3A,3B,4,4A,4B - untuk tujuan pengurusan dan aliran maklumat.
5. Membincangkan samada untuk menjadikan kejiranan ini sebagai gated atau sebaliknya (kerajaan telah melonggarkan syarat)


ANDA semua dijemput hadir untuk memberi ide dan buah fikiran. Sekuriti adalah isu utama. Saya minta anda memberikan sokongan peribadi anda.


Penduduk  CANTING / NUKILAN dan UKIRAN dijemput hadir sama untuk berbincang dan memberikan idea.


Salam.
Adnan
Presiden AIRA

Comments

Popular posts from this blog

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK ALAM IMPIAN ALAM IMPIAN RESIDENT ASSOCIATION (AIRA) 2018/2019

NOTIS MESYUARAT AGUNG KEDUA, 2011

Sambutan Hari Raya Residen Alam Impian (9-Oct-2010)