Sambutan Hari Raya Residen Alam Impian (9-Oct-2010)

Salam Penduduk Alam Impian yang dihormati,

Sempena Bulan Syawal ini, kami bercadang untuk mengadakan satu sambutan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dimana penghuni/penduduk Alam Impian boleh bersama berkongsi meraikan Hari Raya. Seperti tahun lepas, buat julung kalinya sambutan yang  bersama ini di adakan, sambutannya amatlah mengggalakkan. Bertolak di atas kejayaan itulah dan ditambah pula dengan pertanyaan diutarakan oleh para residen tahun ini, maka kami ingin memaklumkan  yang usaha yang sama akan diteruskan untuk tahun ini.

Tarikhnya telah pun ditetapkan, iaitu 9 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 malam. Tempatnya pula ialah gelanggang bola keranjang di kawasan Canting (Jalan Tun Teja 35/23).
Sebagai permulaan, kami ingin mengalu-alukan para sukarelawan pada tahun lepas serta geng-geng Canting, Tinta, Nukilan dan Ukiran yang ingin menyertai team sukarelawan untuk sambutan AidilFitri pada tahun ini untuk hadir pada perjumpaan pertama bagi membincangkan persiapanpengurusan ,logistic,juadah, aturcara majlis, entertainment, gift dan lain lain pada hari Ahad ini pukul 0900 malam ditaman permainan Canting hadapan rumah Azizul (Jalan Tun Teja 35/19).
Penyertaan untuk setiap keluarga adalah sebanyak RM100 dan seperti yg dibincang ketika solat terawih minggu lepas, En Mawi (Canting) dan En Zainorizam (Tinta) akan menjadi wakil utk menerima penyertaan dari penduduk di kawasan masing-masing. Diharap residen Nukilan dapat melantik seorg wakil bagi menerima penyertaan dari penduduk Nukilan.

Sebarang cadangan serta idea-idea bernas dari semua penduduk untuk memeriahkan lagi sambutan ini amat dialu-alukan. Kami berharap majlis pada kali ini mendapat sambutan lebih ramai serta dapat mengeratkan lagi hubungan sesama jiran tetangga.
Sila tandakan maklumat diatas didalam organizer anda sekarang.

Kami berpendapat ini adalah peluang terbaik untuk bertemu muka dan berkenalan dengan sahabat dan jiran kita yang baru. Tahun lepas, penyertaan tidak lah seramai mana (tak ramai yang masuk menetap), tetapi sambutannya meriah sekali. Kita harap, dengan bertambahnya bilangan jiran dan penduduk, suasana yang lebih meriah dan mesra sesama jiran dapat diwujudkan.

Nantikan buletin yang tekini dari  AJK penganjur (Saudara Azizul, Sulaiman dan para AJK lain) selepas ini.

Sekian. 
AIRA Committee

Comments

Popular posts from this blog

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK ALAM IMPIAN ALAM IMPIAN RESIDENT ASSOCIATION (AIRA) 2018/2019

NOTIS MESYUARAT AGUNG KEDUA, 2011