Posts

Showing posts from July, 2010

7 Ogos 2010 - Gotong Royong

Satu gotong royong membabitkan kesemua kejiranan AI (Tinta, Canting dan Nukilan) telah dicadangkan pada 7 Ogos 2010. Gotong royong bertujuan membersihkan laluan utama maasuk kekawasan AI, juga kekawasan perumahan yang "terabai" kebersihannya berikutan kerja kerja pengubahsuaian rumah. Disamping itu, cadangan gotong royong tersebut juga bertujuan mengeratkan hubungan kejiranan diantara penduduk Tinta, Nukilan dan Canting. Masa mula: 8.00 pagi. Jangkaan tamat: 12.00 tengahari. Maklumat lanjut akan diumumkan dari masa kesemasa.

Surau Sementara - Terawih

Assalammualaikum w.b.t. Syukur dan terima kasih kepada Saudara Khairil Aziz yang telah sudi "meminjamkan" dan menyiapkan rumahnya sebagai surau sementara untuk kegunaan warga Muslim AI di bulan Ramadhan ini. Surau sementara tersebut beralamat di No. 1 Jalan Tun Teja 35/24, bersebelahan taman permainan 2, dibuka kepada semua penghuni AI bagi tujuan solat berjemaah Maghrib / Isya' dan Terawih. Moga moga diberkati hendakNya. UPDATES: 04/08/2010 - Perbincangan berkenaan imam/surau/dsb Tempat - Taman berhadapan rumah Sulaiman Waktu - 9.30 PM

Gotong Royong - Nukilan

Salam semua. Bagi tujuan menjaga kebersihan dan kesihatan warga Nukilan, saya & Rizzal akan menganjurkan gotong-royong pada esok Sabtu (31/7/10) mula jam 5ptg - 7ptg. Kita akan berkumpul di taman mainan Jalan 6E. Untuk minggu berikutnya, kita akan continue sekali lagi pada Sabtu (7/8/10) 5ptg - 7ptg. Bagi warga Nukilan yang ada kelapangan, dijemput turut serta. Kita akan start bersihkan jalan masuk ke Nukilan dahulu, then work towards the inner ring of Nukilan. Ismanizam.

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum semua, Pakcik Arshad yg beralamat di no 9 Jalan Tun Teja 35/24 - Canting, ingin menjemput penduduk AI ke kenduri doa selamat dirumahnya pada pukul 12 tengahari, 31 Julai 2010. Terima kasih, Azizul.

Trial run....

Trial run for a blog based community page. Sementara menunggu laman rasmi AIRA.